Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Adakah BNM blacklist saya?

Ditulis oleh: -
Soalan:
Saya adalah sebagai penjamin kepada orang lain yang meminjam dengan finance, adakah saya disenaraihitamkan dalam blacklist BNM kerana ia masih tertunggak dan pada masa saya sekarang ini, adakah saya black list lagi, ini kerana saya membuat pinjaman peribadi 6 bulan yang lalu tidak lulus.


Jawapan:
Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai sebarang sistem senarai hitam (blacklist system). Sistem yang BNM sediakan dinamakan CCRIS iaitu singkatan bagi Central Credit Reference Information System (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat).

CCRIS merupakan sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan. Maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

Maklumat mengenai penjamin TIDAK dinyatakan dalam CCRIS. BNM juga tidak terlibat atau mempengaruhi sebarang penilaian bagi kelulusan permohonan sebarang pinjaman atau pembiayaan. Oleh itu tuan diminta menghubungi pihak bank berkenaan bagi meminta penjelasan mengapa permohonan tuan tidak diluluskan.

0 comments "Adakah BNM blacklist saya?", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.