Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Macamana nak guna CCRIS

Ditulis oleh: -
Soalan:
Macamana nak check samada name kita blacklist atau tidak?

Jawapan:
Pertama sekali kami ingin menjelaskan yang Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai sebarang sistem senarai hitam (blacklist system). Sistem yang kami sediakan dinamakan CCRIS iaitu singkatan bagi Central Credit Reference Information System (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat).

CCRIS merupakan sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu yang mengambil pinjaman daripada institusi kewangan dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan. Maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk membentuk pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak.

Puan boleh datang sendiri ke ibu pejabat BNM bagi mendapatkan laporan kredit puan di alamat berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
Tingkat Bawah, Blok D,
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

Sekiranya puan tidak boleh datang ke pejabat BNM, puan boleh memohon laporan kredit dengan melengkapkan dan menghantar kepada kami borang-borang berserta dokumen-dokumen berikut:

1. Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR Form);
2. Borang Perisytiharan Pinjaman; (kedua-dua borang tersebut boleh dimuat turun daripada http://creditbureau.bnm.gov.my/)
3. Satu salinan MyKad yang jelas (depan dan belakang); dan
4. Mana-mana dua dokumen sokongan lain seperti berikut (dengan nama dan alamat puan tertera dengan jelas pada setiap salinan):
- Lesen memandu;
- Bil seperti bil air, bil elektrik, bil telefon, bil ASTRO, dll
- Penyata akaun bank;
- Penyata kad kredit; atau
- Penyata KWSP.

Sila hantar melalui pos atau faksimili atau e-mel borang-borang yang telah dilengkapkan berserta dokumen-dokumen sokongan ke alamat berikut:

BNMTELELINK
LINK dan Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur
Faksimile: 03-2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi pegawai BNMTELELINK kami di talian 1-300-88-5465.

Source: BNM

0 comments "Macamana nak guna CCRIS", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.