Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Syarikat mengutip wang orang awam

Ditulis oleh: -
Soalan:
Adakah Salah syarikat yang mengutip wang dari orang awam untuk menjalankan perniagaan mereka?


Jawapan:
BNM hanya memberi kebenaran kepada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam, bank-bank pelaburan, institusi kewangan pembangunan untuk menjalankan aktiviti pengambilan deposit daripada orang awam. Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank di http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57. Sekiranya syarikat tersebut menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu dan pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya pelaburan dibuat di syarikat sebegini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri oleh pelabur.


Untuk pengetahuan tuan, pihak BNM telah berulang kali (melalui surat khabar, iklan dan pengumuman melalui radio dan televisyen) mengingatkan orang ramai supaya hanya menempatkan deposit dan melabur dengan institusi-institusi yang dilesenkan sahaja supaya mereka dilindungi oleh undang-undang perbankan dan pelaburan. Pelabur-pelabur yang melabur dengan institusi-institusi yang tidak berlesen akan berhadapan dengan risiko tinggi kehilangan wang pelaburan. Pelabur-pelabur juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan pelaburan itu sendiri tidak sah (beroperasi secara haram). Orang ramai boleh merujuk kepada mendapatkan maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan di laman Amaran Penipuan Kewangan di http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm.

Oleh yang demikian, pelabur dinasihatkan agar berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam satu-satu skim atau syarikat itu. Pertimbangan-pertimbangan seperti modus operandi dan operasi syarikat tersebut dalam mematuhi undang-undang yang terbabit ketika menjalankan aktiviti pelaburan perlu diteliti dengan sewajarnya agar pelabur tidak terjebak dengan skim-skim cepat kaya yang makin berleluasa kini yang akhirnya menyebabkan kehilangan wang pelabur.

Source: BNM.

0 comments "Syarikat mengutip wang orang awam", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.