Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Cek dikembalikan, tindakan saya?

Ditulis oleh: -
Soalan:
saya mahu bertanya...apabila 3 keping cek syarikat kami telah di kembalikan , apakah yang akan terjadi....dan apakah tindakan perlu saya ambil?

Jawapan:
Nama pemegang akaun semasa yang mengeluarkan cek tidak laku atau “dishonoured cheque” akan disenaraikan dalam pangkalan data Sistem Maklumat Cek Tak Laku (Dishonoured Cheques Information System) atau singkatannya DCHEQS di Bank Negara Malaysia bagi jangkamasa berikut:

(i) Satu tahun bagi pemegang akaun yang mengeluarkan kurang daripada 3 cek tidak laku dalam jangkamasa 12 bulan; dan

(ii) Tiga tahun bagi pemegang akaun yang mengeluarkan 3 atau lebih cek tidak laku dalam jangkamasa 12 bulan.

Sila hubung talian 1-300-88-5465 sekiranya tuan memerlukan penerangan lanjut.

0 comments "Cek dikembalikan, tindakan saya?", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.