Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Buka akaun bank di Iraq

Ditulis oleh: -
‎Soalan:
Saya nak tanya kalau kita buka akaun bank di iraq,ada masalah tak kalau nak transfer semua duit tu ke malaysia nanti? Tax BNM kenakan berapa ye? Berhubung dengan Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953,jika saya membeli IQD direct terus dari bank di iraq melalui tranfer bank dari Malaysia ke iraq adakah itu satu kesalahan atau dikira juga saya membeli dari peniaga berdaftar oleh BNM?

Jawapan:
Kami ingin memaklumkan bahawa pemastautin Malaysia adalah bebas untuk membuka akaun mata wang asing dengan bank di luar negara, asalkan sumber dana adalah bukan daripada pendapatan eksport. Tuan adalah dinasihatkan untuk membuka akaun dengan bank yang mempunyai hubungan kerjasama dengan institusi kewangan berlesen di Malaysia supaya tidak menghadapi kesulitan untuk membuat pemindahan dana balik ke Malaysia. Untuk makluman, isu percukaian adalah bukan di bawah kawalseliaan pihak Bank Negara Malaysia. Tuan boleh menghubungi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu tersebut.

Bagi soalan yang kedua, sekiranya tuan mempunyai pinjaman dengan bank (tidak termasuk satu pinjaman perumahan dan satu pinjaman kereta) tuan dibenarkan untuk menukarkan dana dalam matawang asing berjumlah sehingga bersamaan RM1 juta setiap tahun kalendar. Tuan boleh membeli mata wang asing dengan pengurup wang berdaftar atau institusi kewangan berlesen di Malaysia sahaja.

Tuan adalah disarankan untuk menghubungi kami di talian 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut.

0 comments "Buka akaun bank di Iraq", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.