Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Pelaburan East Cape Mining Corporation

Ditulis oleh: -
Soalan:
Adakah Pelaburan Emas East Cape Mining Corporation (http://www.eastcapemc.biz/) mendapat kelulusan Bank Negara? Mohon pandangan dan nasihat tuan.


Jawapan:
Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengeluarkan apa-apa lesen atau kelulusan bagi perniagaan (jual-beli) emas kerana ia bukan di bawah bidang kuasa BNM. Sekiranya tuan mempunyai pertanyaan berhubung perkara ini, tuan boleh menghubungi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) http://www.kpdnkk.gov.my/

Namun, kami ingin menasihati tuan dan pembaca sekalian supaya berhati-hati dengan skim pelaburan berkaitan emas yang kononnya menawarkan pulangan yang sangat tinggi/lumayan. Sekiranya skim pelaburan tersebut dengan jelas menawarkan pulangan pelaburan dalam masa tertentu melalui pengambilan deposit daripada orang ramai/pelabur, ianya mungkin menyalahi Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan. Akta tersebut melarang seseorang daripada menerima, mengambil atau mendapatkan deposit tanpa mempunyai lesen yang sah. Aktiviti pelaburan seperti ini adalah menyalahi undang-undang dan pelabur membuat pelaburan atas risiko sendiri.

Kami juga ingin memberi tahu tuan dan pembaca semua bahawa BNM TIDAK PERNAH mengeluarkan lesen atau kelulusan kepada mana-mana syarikat atau individu untuk menawarkan produk pelaburan dan mengambil deposit daripada orang ramai, selain daripada bank dan institusi kewangan seperti yang disenaraikan di laman berikut http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

0 comments "Pelaburan East Cape Mining Corporation", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.