Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Berapa kali bank boleh call kutip hutang

Ditulis oleh: -
Soalan:
Salam, berapa kali sesebuah bank boleh call customer mengenai atau untuk mungutip credit card overdue payment dalam sehari atau dalam seminggu? Any website mengenai SOP or information for bank to call customer or for debt collection? tq


Jawapan:
Untuk makluman tuan, menurut garis panduan Amalan Kutipan Hutang Yang Adil (Fair Debt Collection Practices) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, pihak pemungut hutang tidak boleh menghubungi peminjam melalui telefon melebihi daripada 3 kali seminggu atau 12 kali sebulan sekiranya peminjam telah memberi maklum balas kepada hubungan telefon daripada pihak bank berkenaan. Dalam hal ini, sekiranya tuan mendapat gangguan telefon daripada mereka, tuan boleh membuat aduan mengenai perkara tersebut kepada Unit Aduan bank berkenaan. Alamat Unit Aduan bank tersebut boleh didapati di pautan http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=banking.

Di samping itu, sekiranya tuan menghadapi masalah pembayaran balik akaun kad kredit, tuan adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pihak bank untuk mendapatkan satu cadangan pembayaran yang dapat dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sekiranya rundingan ini gagal, tuan boleh merujuk kes tuan kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK merupakan sebuah agensi bebas yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula pinjaman individu. AKPK boleh dihubungi di alamat berikut :

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
Aras 8 Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

No tel:
1-800-88-2575
03-26167766

Laman web : www.akpk.org.my

0 comments "Berapa kali bank boleh call kutip hutang", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.