Soal Jawab masalah perbankan, kewangan, insurans, syarikat kewangan, pelaburan dan isu semasa.

Bank hantar statement kad kredit lama

Ditulis oleh: -
Soalan:
Salam Hormat,Saya nak minta pendapat atau nasihat. Salah sebuah bank tiba-tiba hantar statement kad kredit yg telah saya jelaskan dan cancel. Yg peliknya transaksi yg dituntut tu dibuat pada Jun 2010 tapi sekarang ( Oktober 2011 ) pula menuntut. Ini dah melebihi setahun. Tidak logik langsung. Kalau macam itu, boleh lah bank menuntut sesuka hati, walaupun dah bertahun-tahun. Siapa boleh ingat lagi apa yang dibeli pada tarikh yang dinyatakan lebih setahun lalu. Ini sudah jelas menunjukkan kelalaian syarikat atau bank-bank tersebut. Bila meminta bank untuk membantu memberi lebih lagi maklumat atau penyemakan semula dia orang minta tandatangan dimana kita pulak akan menanggung kos-kos berkaitan jika ia menunjukkan transaksi tersebut dibuat oleh kita. 

Jawapan:
Anda boleh membuat aduan kepada Unit Aduan bank tersebut bagi mendapatkan penjelasan dan maklum balas mereka. Alamat dan nombor untuk dihubungi ada disenaraikan di portal BNM di pautan berikut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=banking&type=CB&fund=0&cu=0

Sekiranya aduan puan tidak dapat diselesaikan atau puan tidak berpuas hati dengan maklum balas institusi perbankan berkenaan, puan boleh mengemukakan aduan puan kepada BNM di alamat berikut :

Pengarah
LINK dan Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
No Tel : 1-300-88-5465
No Fax : 03-21741515
Emel : bnmtelelink@bnm.gov.my

Sekian, terima kasih.

0 comments "Bank hantar statement kad kredit lama", Baca atau Masukkan Komentar

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.